Kali pertama pertemuan mereka berdua di cafe menyebabkan Syed Adyan Hamza, seorang pemilik hotel yang terkemuka jatuh cinta kepada gadis bernama Nellysa Helera. Dia sangat mengenali Nellysa Helera tetapi sebaliknya Nellysa Helera langsung tidak mengenalinya. Cara gadis itu menegurnya pun menjadi salah satu sebab dia mahukan Nellysa Helera. Disebabkan permintaannya ditolak beberapa kali oleh Dato Hazri, bapa kepada Nellysa, Syed Adyan mewujudkan satu kontrak di antara Dato Hazri dan dirinya. Dia akan membantu membangunkan syarikat Dato Hazri dan sebagai ganti Dato Hazri harus menerimanya sebagai menantu. "No objection. I want her" - Syed Adyan Hamza "Tuan, tapi-" - Dato Hazri "Don't you dare Dato. I just want Nellysa Helera to be my wife. That's all" - Syed Adyan Hamza "Lysa taknak. Lysa taknak kahwin dengan lelaki tu!"- Nellysa Helera. Beberapa kali dia membentak, acap kali baba dan mamanya memujuknya. Baba pentingkan syarikat daripada Nellysa ma?" - Nellysa Helera "Sayang mama. Bukan sebab itu je. Mama yakin Syed Adyan boleh jaga Nellysa mama ni dengan baik" - Datin Nadhira "Nellysa nak baba dengan mama hidup susah?" Datin Nadhira cuba psikologi anak gadisnya. Nellysa hanya diam. Adakah Nellysa terpujuk dengan pujukan mamanya? Mampukah gadis itu memikul tanggungjawab sebagai isteri ketika masih bergelar pelajar?